Jika Wanita Menangis Dihadapanmu






Jika Wanita menangis dihadapanmu..
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang  Wanita menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang  Wanita tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, 
dia akan menjadi lemah!

Seorang  Wanita tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaum ADAM,
jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai kaum Adam, jika seorang  Wanita  menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. 
Mungkin, 
kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? 

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi orang disekelilingnya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh LELAKI…

Bahawa “Betapa berharganya dia


# Makan Ikut Jenis Darah


Huhu..tajuk macam vampire nak makan je..
Berdasarkan buku "Eat right for your blood type diet"-nukilan Dr D'Adamo..murid2 semua, tahu kan darah ada 4 jenis (nak jadi cikgu tapi tak boleh camni la gayenye)..bgus2..A,B,O dan AB..


Kalau darah jenis A:
-kenapa dipanggil A sebab stands for agrarian..ape kemenda tu?ntah..haha..cari maksud sendiri boleh?..(saya pemalas..saya tahu)
-kena banyak makan sayur @ menjurus ke arah vegetarian
-sistem pecernaan sangat sensitif (kantoi org darah A sokmo pegi toilet kalau salah makan..haha)
-kalau stress boleh la mencuba cara bermeditasi & senaman lembut..bukan auw ok..


Kalau darah jenis B:
-tak pasti kenape dipanggil B..sila cari sendiri juga..haha..
-kena banyak minum susu & makanan berasaskan susu mcm coklat..i loike..
-kalau makan makanan yang tidak bersesuai berisiko diserang penyakit..
-digalakkan bersenam senaman yang banyak menggunakan pgerakan sprti berenang..


Kalau darah jenis AB:
-sistem pencernaan juga sangat sensitif
-patut elak makan ayam,daging tapi digalakan memakan seafood n makanan tenusu.
-tak perlukan senaman yang keterlaluan
-darah AB juga darah yang paling kedekut tapi dapat menerima semua jenis darah..


Kalau darah jenis O plak:
-O stands for Old..sebab darah jenis O ni paling tua..atau pun dalam omputehnye oldest blood line..(betul ke ni?..ntah..tanya la doktor ek..hehe)
-sukar untuk diserang penyakit.
-digalakkan makan makanan berprotein tinggi & rendah lemak sprti daging,ikan,buah & sayur.
-memerlukan senaman yang kuat @ lebih mencabar..
-darah O adalah darah yang paling pemurah sebab dapat derma pada semua jenis..
-no wonder orang darah O ni seme comel including me..ops..ni tambahan semata2..haha..hidup darah O!

Dalam Islam pun selalu mengingatkan kita makan makanan yang seimbang & paling penting suci & halal..bila badan sihat baru dapat beribadah dengan lebih baek..ye dok?huhu..



“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”.
Surah al-Maidah (5):96

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.
Surah al-Nahl (16):66



*Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..